Write For Us

Najib 'troll' lagi: 'Dah 9 bulan, anak tak nampak-nampak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak tekal meneruskan serangan sinisnya terhadap PH. Kali ini beliau menyindir kegagalan kerajaan dalam menunaikan manifesto mereka dengan analogi baru.
Bercakap di hadapan kira-kira 100 orang penyokong setia BN di Kampung Lubuk Kulit di Padang Tengku, Najib melontarkan soalan kepada mereka sama ada mahu ditipu lagi dalam PRK pada 26 Jan ini.
"Kita sudah faham bahawa PRU ke-14 lalu ramai yang hari ini berasa terpedaya atau tertipu dengan janji-janji manis, tetapi sehingga hari ini setelah sembilan bulan janji tinggal janji.
"Kalau (PH sebelum ini) katanya: takkanlah hari ni kahwin esok nak dapat anak... itu PH kata.
"Sekarang dah sembilan bulan (sejak PH menjadi kerajaan) anak tak nampak-nampak. Nak cukup sembilan bulan, takkan nak tunggu 18 bulan?" katanya pada ucapan beliau ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk kampung hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment