Write For Us

Digantung 6 bulan, Pandikar 'tak nampak' Kit Siang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau hanya menutup sebelah mata mengenai kehadiran anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini walaupun telah digantung 6 bulan semalam.
Menurut Pandikar, beliau bertindak begitu setelah membaca buku yang ditulis Selwyn Lloyd berjudul 'Mr. Speaker, Sir'.
Pandikar memaklumkan ekoran kedegilan Kit Siang itu, pemimpin veteran DAP itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan.
Apabila Pandikar mahu meneruskan sidang, Kit Siang bangun meminta penjelasan namun kehadirannya tidak dihiraukan Pandikar.
- Dewan Rakyat panas, Pandikar-Kit Siang 'berperang-mulut'
Semalam sidang Dewan Rakyat 'panas' apabila Kit Siang enggan mendengar arahan Pandikar hanya kerana mahu meminta penjelasan mengenai embargo laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment