Write For Us

Kit Siang anggap Speaker 'zalim', Pandikar arah kenyataan ditarik balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia digelar "zalim" oleh Lim Kit Siang (DAP - Gelang Patah) selepas beliau menghalau seorang wakil pembangkang hari ini.
Lim yang juga pemimpin veteran DAP mempertikaikan pandangan Pandikar yang mahu tindakan diambil mengikut Peraturan Mesyuarat 43.
Kata Lim usul yang dibuat mengikut peraturan itu biasanya tidak akan dibahaskan.
Apabila ditanya mengapa Lim tidak bertanya soalan berkenaan kepada speaker terdahulu, jawapan diberikannya menimbulkan kemarahan Pandikar.
"Speaker dulu tidak begitu zalim," kata Lim.
Pandikar kemudian mengarahkan Lim menarik balik kenyataan berkenaan - dan dilakukannya - namun meminta speaker terbabit tidak bertanya soalan yang "tidak boleh dijawab".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment