Write For Us

Enggan dengar cakap Speaker, Pandikar arah Sim keluar dewan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Bukit Mertajam, Steven Sim diarah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meninggalkan dewan itu selepas enggan duduk, sebaliknya membantah keputusan dibuat Pandikar berhubung usul membawa Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Sim sebelum itu mendakwa Najib mengelirukan Dewan Rakyat dalam pembentangan belanjawannya namun Pandikar memutuskan tidak wujud prima facie bagi membuktikan kenyataan anggota parlimen Bukit Mertajam itu.
Bercakap dalam nada lembut Sim sebaliknya tidak bersetuju namun Pandikar memberitahu sesuatu keputusan speaker hanya boleh disemak semula melalui usul mengikut Peraturan Mesyuarat 43.
Selepas diarahkan berkali-kali supaya duduk, Sim enggan.
Pandikar kemudian mengarahkan bentara Dewan Rakyat untuk mengiringi Sim meninggalkan dewan berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment