Write For Us

Dewan kecoh: 'Kamu cakap Speaker bodoh!' - Azhar arah Lim Lip Eng digantung 5 hari

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
55 Views
Published
Situasi Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas berlaku pertikaman lidah antara Speaker Azhar Azizan Harun bersama dua anggota parlimen pembangkang.

Ia bermula ketika Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Azhar untuk melihat kembali ruling yang dibuat Timbalan Speaker Azalina Othman Said berhubung kenyataan Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang didakwa menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Guan Eng mengulangi gesaan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer semalam untuk menggesa Tiong untuk memohon maaf, namun menurut Azhar keputusan itu sudah dibuat dan "tidak baik" jika dia mengubah keputusan berkenaan.

“Saya dah baca hansard. Saya berpendapat retorika bahasa dan penggunaan kata amat besar dan saya perhalusi hansard dan apabila ruling dah dibuat itu final (muktamad) maka saya tidak ada kuasa revisit (kaji semula),” kata Azhar.

Namun Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata ia merupakan ruling yang "bodoh".

Azhar kemudian berang dan meminta Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama dua hari.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah selepas Lip Eng enggan keluar.

Azhar kemudian berang dan meminta Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama dua hari.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah selepas Lip Eng enggan keluar, yang menyebabkan Azhar menggantung Lip Eng selama lima hari dan mengancam akan memanggil polis jika dia masih enggan keluar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment