Write For Us

Kerana 'objek seks', Speaker arah dua ADUN keluar dewan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan ADUN DAP-Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN BN-Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah keluar dewan selepas mereka mengingkari peraturan mesyuarat.
Pertikaman lidah tercetus apabila, Shah Headan tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer yang mendakwa 'BN menganggap wanita sebagai simbol seks' ketika mencelah dalam sesi bahas oleh ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.
Difahamkan, Rayer merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen BN-Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya berhubung isu perkahwinan antara perogol dengan mangsa bawah umur ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Shah Headan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, meminta Rayer menarik balik dan memohon maaf terhadap tindakan berkenaan, sehingga berlaku pertikaman lidah yang berlanjutan hampir lima minit.
Choo Kiang kemudian mengarahkan kedua-dua mereka supaya duduk untuk membolehkan Mohd Salleh meneruskan perbahasan berkenaan, tetapi kedua-dua wakil rakyat itu ingkar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment