Write For Us

Pandikar tak mahu dengar hujah 'bloody fool'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar sesetengah pihak yang menuduhnya 'bloody fool' berhubung keputusan menangguhkan perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat, semalam.
Katanya, hujah-hujah mereka, yang selama sembilan tahun beliau menjadi Speaker, kebanyakannya 'bloody fool' juga.
"Pada ketika itu, kuasa saya, saya tidak mahu duduk lagi untuk dengar hujah-hujah yang pernah saya dengar, yang kadang-kadang tidak masuk akal saya.
"Jadi mereka nak tuduh saya bloody fool, maka hujah-hujah mereka yang selama sembilan tahun saya dengar, most of it are bloody fool.
"How can I sit there for another two or three days to listen opinions that sometime I think is bloody fool opinion," kata Pandikar.
"Saya bersikap adil semalam," jelas Pandikar
Terdahulu, Pandikar menafikan dirinya menerima arahan daripada BN berhubung keputusannya menangguhkan perbahasan RUU355.
Kenyataannya itu dibuat susulan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata bahawa keputusan untuk menangguhkan perbahasan dibuat semasa mesyuarat majlis tertinggi BN sebelum ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment