Write For Us

'Nak belanja Rafizi teh tarik, roti canai'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos ingin mempelawa Rafizi Ramli untuk minum teh tarik dan makan roti canai ekoran kenyataan anggota Parlimen Pandan itu bahawa Jamal layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Kata Jamal kepada Malaysiakini, beliau akan turun ke kawasan Pandan untuk berbuat demikian sekiranya Rafizi sudi menerima kunjungannya.
Semalam Rafizi berkata Jamal Yunos layak menggantikan Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Kata Rafizi, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak lama dahulu.
Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Jamal berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.
Katanya, pertemuan yang telah dirancang sejak sekian lama itu antara lain membincangkan isu politik tanah air serta menyentuh mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment