Write For Us

Namawee 'Oh My God' ditahan di KLIA, kena reman 4 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
187 Views
Published
Penyanyi dan pengarah tempatan, Namawee ditahan reman selama empat hari berhubung dengan video muziknya yang didakwa menghina Islam.
Majistret Ahmad Tajudin Zain memberi perintah reman dan kes disiasat di bawah seksyen 295 kanun keseksaan kerana mencemarkan tempat sembahyang dengan niat untuk menghina agama-agama lain.
Namawee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, berusia 33 tahun, tiba di Mahkamah Majistret di Pulau Pinang pada 10.20 pagi tadi.
Wee ditahan di KLIA selepas tiba dari luar negara pada Ahad, pada 3.30 petang.
Video klip lagu 'Oh My God' itu, yang dibuat Namawee telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak termasuk pertubuhan NGO.
Video klip memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral sejak semalam dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment