Write For Us

Naib presiden WARISAN ditahan reman 5 hari

Loading...
11.11 Single Day
103 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperolehi perintah tahanan reman selama lima hari terhadap Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dan seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun.
Kedua-dua mereka ditahan semalam di ibu pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberikan keterangan.
Majistret Stephanie Sherron Abbie mengetuai prosiding reman.
Kedua-dua suspek memakai pakaian lokap SPRM berwarna oren ketika dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu.
Sejak awal pagi, kira-kira 100 penyokong WARISAN berkumpul di kompleks mahkamah Kota Kinabalu untuk menyambut Peter, tetapi terpaksa bersurai akibat hujan.
SPRM mengumumkan mereka telah merampas wang tunai dan aset sebanyak RM150 juta berikutan penahanan itu.
Siasatan suruhanjaya itu membabitkan sindiket yang didakwa membuat tuntutan terhadap projek-projek yang tidak dijalankan kerajaan.
Pada Ogos lalu, Peter, 46, memberitahu Borneo Post bahawa tuduhan yang mengatakan syarikatnya membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja kontrak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah tidak benar.
Pada masa itu, beliau mendakwa memiliki dokumen daripada UMS membuktikan mereka berpuas hati terhadap kerja yang dijalankan syarikatnya.
Menurut laporan akhbar, Peter pernah menjadi pegawai di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah semasa ia diketuai Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment