Penyanyi rap Namewee yang dikehendaki polis hari ini tampil memberi keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Dalam status di Facebooknya, Namewee berkata dia tidak gentar kerana negara mempunyai keadilan.
Malah, dia juga menulis tidak akan tunduk pada pihak media.
Susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog' menjadi viral di media sosial, Namewee didakwa menggores perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Namewee disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Klip video itu memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment