Write For Us

Nasib ADUN Batang Kali diputuskan Mac depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Nasib ADUN BN-Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya ketika sidang dewan pada 1 Nov tahun lepas hanya akan diketahui Mac depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor Hannah Yeoh berkata ini kerana pihaknya bersama anggota jawatankuasa lain yang bermesyuarat hari ini hanya akan membincangkan hasil pendengaran Mat Nadzari sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Hannah satu penyata akan dibentangkan pada sidang DUN Mac ini berhubung keputusan yang dicapai menerusi jawatankuasa itu untuk dibahaskan.
Beliau berkata kepada pemberita di pejabat DUN Selangor, di Shah Alam hari ini.
Mengulas lanjut, Hannah berkata selepas penyata itu dibentangkan dan diluluskan didalam dewan nanti barulah keputusan muktamad mengenai nasib Mat Nadzari diperolehi secara sah.
Mat Nadzari pada sidang DUN November lalu dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat isi ataupun niat dalam pentadbiran Menteri Bessar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak mengiktiraf sistem raja berperlembagaan.
Mat Nadzari juga telah hadir pada pendengaran tertutup selama sejam yang dijalankan sebelum ini berhubung satu usul di bawah peraturan tetap 26(1)(p) oleh ADUN Sungai Pinang (Datuk Teng Chang Kim) yang telah dibentang dan diluluskan DUN Selangor pada November tahun lepas.
Dalam pada itu, peguam mewakili Mat Nadzari, Kamarudin Ahmad berkata pihaknya akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat di mahkamah bagi mendapatkan ketetapan sama ada anak guamnya melanggar peraturan tetap dewan berhubung kenyataan berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan peguam Mat Nadzari yang mendakwa ,Hannah berkata: "beliau boleh berkata apa sahaja".
Tegas Hannah pihaknya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.
Bagaimanapun Hannah dalam masa yang sama mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya selagi mana dewan belum bersidang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment