Write For Us

Nasihat Najib pada Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Datuk Seri Najib menasihati kerajaan agar bersikap lebih berhati-hati semasa membuat dakwaan yang dianggapnya bermotif politik.
Memetik di Facebooknya, Najib berkata langkah berkenaan menjadi lebih perlu apabila tuduhan yang dibuat turut melibatkan syarikat milik negara asing.
Menurut Najib tanpa sikap berhati-hati kerajaan mungkin mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.
Sebelum itu bekas perdana menteri terbabit tampil menjelaskan mengenai proses perundingan dan pelaksanaan dua projek saluran paip seperti dibangkitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.
Berdasarkan kepada ingatannya, beliau yakin, semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip dibangkitkan Lim.
Menurut Najib beliau juga mendapati Lim menyebut bahawa kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) mengikut perjanjian, dan bukan kepada pihak-pihak lain.
Katanya CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China iaitu China National Petroleum Corporation.
Jelasnya, kedua-dua projek saluran gas ini yang lebih ekonomik dan menberi jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan dengan kerajaan China.
Kata Najib, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion dari Malaysia bagi tempoh lima tahun, selain membuat pelaburan sehingga AS$150 bilion di Malaysia.
China juga, kata Najib, menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.
Malah katanya, tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada Malaysia.
Namun dengan isu yang dibangkitkan Lim hari ini, Najib berkata, beliau menyambut baik agar siasatan dijalankan tehadapnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment