Sebanyak 20 naskah al-Quran yang dibakar sehingga menjadi viral di laman sosial hari ini sudah dilupuskan dengan sempurna dan kejadian itu tiada unsur menghina agama, kata polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Mohammad Azlin Sadari berkata naskah kitab suci itu dibakar seorang wanita Melayu yang merupakan pemilik kedai menjual kitab agama dan pakaian berunsur Islam di Kompleks Hijau Puchong Perdana, Puchong Selangor.
"Tujuan pembakaran dilakukan kerana naskah al-Quran tersebut telah rosak dimakan anai-anai dan tidak boleh digunakan lagi.
"Semasa pembakaran dijalankan terdapat beberapa individu telah mengambil gambar dan viralkan di laman sesawang Facebook atas nama Romen Ayu Lavender.
"Bagaimanapun seorang ahli kariah masjid As-Salam Puchong Perdana telah bertindak mengambil kesemua sisa naskah al-Quran tersebut untuk tujuan pelupusan dengan cara yang lebih sempurna," katanya yang menjelaskan tiada laporan yang dibuat mana-mana individu atau pertubuhan berikutan kejadian itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan gambar pembakaran naskah al-Quran berkenaan menjadi viral dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment