Write For Us

Naskah kartun Zunar, kemeja T dirampas polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque - ditahan lima anggota polis berpakaian biasa semasa majlis amal "Minum Teh Bersama Zunar" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Sekurang-kurangnya 1,000 naskhah kartun Zunar dan kemeja T mengandungi perkataan 'dedak' juga dirampas.
Bagaimanapun, Zunar dibebaskan selepas memberi keterangan selama kira-kira enam jam.
Dalam pada itu, Polis tidak menghalang kebebasan kartunis dan penggiat seni di negara ini berkarya dengan syarat mereka tidak menjatuhkan air muka pemimpin tertinggi negara menerusi karya dihasilkan.
Berita Harian Online melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata segala hasil karya seni yang berbentuk menghasut dan menghina akan dikenakan tindakan undang-undang, selain berdepan tindakan karya mereka dirampas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment