Write For Us

"Saya pun guna binatang dalam kartun," kata Zunar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Kartunis, Zulkifli Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar menganggap karikatur yang dikatakan menghina presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speker Dewan Rakyat dalam akhbar Nanyang Siang Pau sebagai 'kartun biasa'.
"Saya rasa tidak ada masalah. Ini kartun biasa digunakan. Kadang-kadang saya juga menggunakan binatang dalam kartun saya.
"Ini adalah kaedah yang digunakan oleh seluruh kartunis di dunia, mereka menggunakan pelbagai kaedah digunakan untuk menyampaikan mesej," katanya.
Zunar turut berharap ahli politik dapat menerima kritikan dari kartunis kerana itu adalah kerja kartunis.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya kartunis politik Zunar dibayar RM18,000 sebagai ganti rugi ke atas kerosakan lukisan kolaj aslinya yang dirampas bersama-sama 66 naskhah kumpulan komik bertajuk Cartoon-O-Phobia, tujuh tahun lalu.
Penghakiman persetujuan kedua-dua pihak dirakamkan di hadapan Timbalan Pendaftar, K Pavani. Turut hadir ialah peguam Zunar, Latheefa Koya dan peguam persekutuan Safiyyah Omar yang mewakili defendan.
Zunar menamakan kerajaan, dua anggota polis yang merampas buku-buku kartun dan karya seninya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri sebagai defendan dalam samannya.
Naskhah komik dan lukisan yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu, dirampas pada 24 September 2010 selepas polis menyerbu pejabatnya dan menahannya atas tuduhan menghasut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment