Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mencadangkan satu akta baharu bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap individu mengamalkan diskriminasi dan melanggar Perlembagaan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ketika ini, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kerana tiada peruntukan khas.
"Hari ini, tidak ada satu akta yang menyatakan bahawa apa pelanggaran terhadap Perlembagaan negara yang boleh diambil tindakan.
"Bagi kementerian saya di bawah Akta Pelancongan, tidak ada peruntukan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang boleh dikatakan sebagai melanggar Perlembagaan.
"Kalau perlu, kita boleh bawa perkara ini untuk dibincangkan untuk mewujudkan satu akta supaya kita boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana perbuatan individu di negara ini yang melanggar Perlembagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sikijang, Anuar Abd Manap di Dewan Rakyat hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment