Write For Us

Nazri: Tun M-Anwar 'benci tapi rindu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir semalam adalah benci tapi rindu.
Malah, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata apa yang dilihat semalam adalah episod kedua hubungan bekas perdana menteri dan bekas timbalanya.
Namun, Nazri menjangkakan episod ketiga kedua-dua pemimpin hebat itu akan bergaduh pula.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Mahathir dengan ketua umum PKR itu semalam.
Mahathir semalam membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 pagi dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.
Dalam pertemuan selama 45 minit itu kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment