Write For Us

Patut Najib-Tun M berdebat tapi Nazri bersifat 'jantan' - Salahuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menyokong perdebatan di antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 25 Mac ini di Padang Rengas, Perak.
Namun, Salahuddin berpandangan sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Mahathir bagi membahaskan isu 1MDB di samping dapat membersihkan namanya yang terpalit dengan skandal itu.
Salahuddin menganggap Nazri bersifat 'jantan' di kalangan ahli Umno kerana berani bersemuka untuk berdebat.
Jelasnya, Nazri pernah berdebat dengannya berhubung isu sekolah agama rakyat pada 2003.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Salahuddin turut mempersoalkan tindakan menteri-menteri Umno yang tidak menyokong perdebatan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment