Write For Us

Peguam sahut cabaran kem Najib untuk 'berdebat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Peguam Haniff Khatri menyambut pelawaan dari kem bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menyertai forum berbincang mengenai pengampunan Najib.

Menurut Haniff pihaknya sentiasa mengalu-alukan perbincangan berilmiah dan akan menghantar wakil bagi membincangkan terma dan syarat lanjut berkaitan forum berkenaan.

Dalam satu hantaran di Facebook Najib Razak, wakilnya turut mengalu-alukan kesudian Haniff untuk menyertai forum terbuka berkenaan.

Hantaran itu turut menyebut forum tersebut dijangka akan berlangsung dua minggu akan datang selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02uirdejkRGz1UmNCXgB13y8wZJ6ZnYUMBe2HNv3MrUhuBcezNfmLAYsyiz92JABxgl&id=100011727181479
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment