Write For Us

'Jika Najib ingin bersih nama, sahut cabaran Tun M'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana 1MDB yang diselewengkan, di mana gambaran Malaysian Official One yang dilapor Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sehingga kini masih belum dapat dijawab.
Muhyiddin mendakwa, isu RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib hanya sedikit berbanding wang asal 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara.
Menurut Muhyiddin, jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion.
Muhyiddin juga turut yakin orang Melayu tidak akan melupakan skandal ini dan tidak akan memaafkan Najib bersama rakan-rakannya.
Jelasnya, jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, Najib seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat.
Ujarnya lagi, Najib tidak perlu mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain dengan cuba untuk berselindung dan berdolak dalik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment