Write For Us

'Tun M, Wan Azizah, berani sahut cabaran saya?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Sebuah NGO hari ini sedia menjadi hos forum liwat sebagai platform untuk pemimpin pembangkang mempertahankan pemimpin de facto mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NGO itu juga menjemput pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai panel.
Menurut Pegawai Petugas Khas Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), Shafik Abdullah, forum berkenaan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Wan Azizah sentiasa mengatakan kerajaan memenjarakan suaminya kerana liwat adalah fitnah.
"Sekiranya tak ada liwat, saya panggil Mahathir dan Wan Azizah untuk ke forum liwat.
"Tidak perlu penyokong BN atau pembangkang (berada di sana)," kata Shafik di luar balai polis Daerah Petaling Jaya pagi ini.
Beliau berkata, undangan kepada Mahathir dan Wan Azizah akan dihantar melalui surat berdaftar tidak lama lagi dan menyatakan forum itu akan dibuat secara tertutup, di mana hanya media dijemput hadir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment