Write For Us

Negara maju tak guna 'Dego Ride' sebagai teksi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Malaysia mahu mencontohi negara-negara maju di mana mereka tidak menggunakan motosikal sebagai teksi.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi mewajarkan tindakan kerajaan tidak membenarkan permohonan perkongsian perjalanan motosikal Dego Ride.
“Kita mahu menjadikan negara kita contohi kota-kota maju.
“Kita mahu emulate atau ikut sistem negara maju, seperti Singapura, Tokyo, London, New York.
“Di negara-negara ini, tidak ada perkhidmatan teksi motorsikal,” katanya.
Abdul Aziz mengulas Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) yang ingin tahu mengapa aplikasi mudah alih itu tidak dibenarkan sedangkan perkhidmatan teksi bermotosikal adalah pemandangan biasa di kota metropolitan seperti Jakarta, Bangkok dan Manila.
Abdul Aziz berkata, beliau tidak mahu negara ini menjejaki bandar yang masih belum menjalani transformasi.
“Kita tidak mahu KL ikut kota yang belum ditransformasi, kita mahu jadikan kota KL sama setaraf dengan kota-kota yang sudah transform.
“(Ini) supaya suasana kota negara ini lebih nyaman, mesra alam sekitar dan lebih canggih,” katanya.
Beliau berkata terdapat banyak pilihan pengangkutan awam yang sedia ada, seperti monorel, KTM Komuter, LRT dan MRT.
Kerajaan pada Februari mengenakan larangan ke atas perkhidmatan Dego Ride, dengan alasan bahawa 62 peratus daripada kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan pemboncengnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment