Write For Us

Netizen cemuh laporan suspek tidak bercoli

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Facebook China Press dengan berkata bahawa tidak ada keperluan untuk mensensasikan perkara seumpama itu dalam apa cara sekalipun.
Perhatian media antarabangsa sekali lagi tertumpu ke Malaysia, dengan kali ini berhubung pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, awal minggu ini.
Agensi-agensi berita di seluruh dunia sibuk melahirkan teori konspirasi di sebalik pembunuhan itu.
Walaupun bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan memilih untuk menyerlahkan butiran mendebarkan berhubung pakaian dalam seorang suspek wanita ketika dia ditangkap.
Menurut China Press, suspek berbaju putih dan jelas tidak memakai coli, sehingga pasukan polis terpaksa memberinya sehelai kain untuk menutup dadanya.
Laporan itu juga mendakwa bahawa pihak polis tidak percaya bahawa "wanita seksi dan cantik” itu adalah seorang pembunuh.
Seperti dijangka, laporan akhbar itu mengundang cemuhan dan bidasan orang ramai.
Ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Facebook China Press dengan berkata bahawa tidak ada keperluan untuk mensensasikan perkara seumpama itu dalam apa cara sekalipun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment