Ngo ProUmno, Persatuan Sahabat Ulul Amri (PSUAM) mencadangkan supaya perlembagaan parti itu dipinda bagi membolehkan bekas presidennya Najib Razak dilantik sebagai pengerusi 1 parti itu.
Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz turut mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Umno 2, manakala Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin sebagai timbalan pengerusi 1 dan 2.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan sumbangan empat tokoh berkenaan masih diperlukan untuk mengembalikan kegemilangan Umno selepas parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Sehubungan itu satu memorandum telah diserahkan kepada Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya satu perhimpunan agung khas diadakan bagi membentuk jawatankuasa eksekutif terbabit.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment