Write For Us

Khalid dilantik sebagai pengerusi Prasarana

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
131 Views
Published
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara semalam, dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad yang baru.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang telah tamat tempoh berkhidmat pada 31 Ogos lalu.
Kata Najib, Khalid akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam.
Selain itu, kata Najib, Khalid juga dilantik sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment