Write For Us

PRASARANA anggap video 'parody' sebagai satu pedoman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Dikecam di media sosial ekoran kejadian kereta api LRT tergendala minggu lalu, Prasarana Malaysia Berhad menganggap ia sebagai pedoman untuk masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, walaupun dijadikan bahan jenaka, beliau menganggap kritikan dibuat kerana pengangkutan itu sudah dekat di hati masyarakat.
"Yang itu saya lihat sebagai satu pedoman yang mana kebanyakan pengguna kita dan orang yang belum guna (perkhidmatan LRT) sudah ada rasa pemilikan.
"Dia rasa sistem kereta api ini sudah dekat dengan mereka.
“Sebab itu adanya peluang untuk mereka memberi maklum balas di mana kita akan lihat itu (sebagai) bagaimana untuk tangani masalah ini di masa depan," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung reaksi pengguna Internet, yang antaranya menyindir LRT dengan mengubah suai poster filem Korea terkenal yang sedang ditayangkan Train to Busan.
Poster itu memuatkan orang ramai yang terpaksa berjalan di atas landasan LRT dengan membuat muka mengerikan ala watak dalam filem Zombie itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment