Write For Us

NGO mesra Umno mahu anjur debat ‘Kit Siang pengamal politik rasis’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Susulan perang mulut Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen bulan lalu, beberapa NGO mesra Umno merancang kedua-dua mereka berdebat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Sekretariat penganjur debat itu Dr Ammar Hassan berkata debat selama dua jam itu diberi tajuk “YB Lim Kit Siang pengamal politik rasis, diktator dan anti-Islam”.
“Mesej untuk kita nak beri rakyat faham, penjelasan, motif sebenar seperti yang dinyatakan oleh Annuar Musa, kita nak dengar bukti, dakwaan itu dengan hujah-hujah yang bernas dan bukan tidak berfakta.
“Kita yakin sebagai seorang pengamal undang-undang Lim Kit Siang akan beri penjelasan berdasarkan fakta,” katanya pada sidang media di PWTC.
Antara NGO itu, termasuk Buletin Rakyat, Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia dan Gabungan NGO-NGO Malaysia.
Bulan lalu di Parlimen, Annuar mengulangi kata-katanya bahawa Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik sambil mencabar penasihat DAP itu mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar.
Dakwaan tersebut dibuat berdasarkan beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Kit Siang adalah seorang rasis.
Sebagai tindak balas kepada cabaran Annuar, Kit Siang memberikan gelaran bapa segala rasis kepada Annuar selepas ketua penerangan Umno itu menggelarnya sebagai seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik.
Kit Siang berkata, Annuar bertindak memberi pelbagai gelaran kepadanya kerana berada dalam keadaan terdesak dan tertekan berikutan isu MARA yang sedang dihadapinya, selain untuk mencari populariti menjelang pemilihan Presiden FAM, Sabtu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment