Write For Us

Nik Amar tegur Mahfuz lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah mengulangi tegurannya kepada Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya keluar parti sekiranya berterusan mengkritik dasar-dasar kepimpinan parti itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohd Amar turut memberi contoh, seorang anggota tentera tidak boleh menyimpan janggut atau berambut panjang seperti yang termaktub dalam peraturan dan tidak boleh mempertikaikan arahan tersebut.
Mohd Amar mengulas kenyatan Mahfuz yang menggesa PAS di Selangor keluar dari barisan exco kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian pada satu ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu pada 25 Februari lalu.
Video ucapan dimuat naik oleh Terengganukini di Youtube.
Mohd Amar menambah pihak-pihak yang menentang arus parti adalah orang yang tidak berdisplin dalam parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment