PAS menegaskan parti itu berada dalam keadaan yang lebih baik dan semakin kuat berbanding dengan parti-parti politik yang lain.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ketika ini semua parti politik di Malaysia menghadapi masalah, terutamanya Umno yang berpecah sehingga terbentuknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Sekarang ini Umno sedang demam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar ke-30 Dewan Muslimat PAS negeri Selangor pada Sabtu lalu.
Video ucapan dimuat naik di Facebooknya.
Kata Mohd Amar, PKR juga berpecah dua di mana dengan isu dakwaan terbaru Rafizi Ramli, golongan yang pro kepada PAS dapat disingkirkan.
"Dia menyerang PAS bukan untuk menjatuhkan PAS tetapi untuk seperti pepatah Melayu 'pukul anak, singkir menantu," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment