Write For Us

Kelantan akui silap di Lembah Sireh, kata Mohd Amar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Kerajaan negeri Kelantan mengakui berlaku kesilapan dalam perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju bagi membangunkan Lembah Sireh sehingga gagal dilaksanakan.
Berita Harian melaporkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kesilapan teknikal itu menyebabkan tujuh janji bagi membangunkan Lembah Sireh seperti mini stadium, stadium wanita dan jambatan tidak dapat dilaksanakan.
"Kita terpaksa mengubah perjanjian awal (2002) berikutan beberapa isu berbangkit termasuk kerajaan negeri sepatutnya menyerahkan tanah di kawasan berkenaan seluas 400 hektar kepada Liziz Standaco Sdn Bhd, namun hanya dapat menyerahkan 280 hektar.
"Hasil beberapa perbincangan, pihak pemaju bersetuju memberi pelbagai sumbangan bernilai lebih RM148 juta selain tambahan wang tunai sebanyak RM28 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment