Write For Us

Mohd Amar tawar BR1M RM2,500? Jaga dulu Kelantan - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membidas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mengumumkan untuk menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM2,500 sekiranya PAS memerintah negara dan beliau diangkat sebagai perdana menteri.
Kata Lim, Mohd Amar dinasihatkan untuk menjaga Kelantan terlebih dahulu disebabkan kerajaan negeri itu tidak mampu membayar gaji penjawat awam sehinggakan terpaksa memohon bantuan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikannya.
PAS tawan Putrajaya, ambo bagi BR1M RM2,500'
Terbaru, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan pihaknya bersedia memberikan wang BR1M berjumlah RM2,500 sekiranya PAS memerintah negara dan beliau diangkat sebagai perdana menteri.
Jumlah yang ditawarkan PAS itu lebih tinggi berbanding tawaran Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam manifesto BN.
Terdahulu, BN menawarkan kenaikan wang BR1M dengan tambahan RM800 berbanding jumlah asal iaitu RM1,200 dalam manifestonya jika kekal memerintah Malaysia selepas PRU14.
Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada 2012, agihan BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah berjumlah RM500 sebelum ditingkatkan kepada RM1,050 (2016), RM1,200 (2017) dan RM1,200 (2018).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment