Selepas Nik Omar Nik Abdul Aziz disahkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) seorang Naib Presiden PAS membuat pendedahan sangat menarik semalam.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum hari penamaan calon pada 28 April lalu Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada menghubunginya.
Kata Mohd Amar, presiden PAS itu bercerita bahawa dia bermimpi melihat bapa Nik Omar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang.
Justeru, Mohd Amar yang juga calon untuk kerusi dewan undangan negeri Panchor membayangkan gambaran yang muncul dalam tidur Abdul Hadi itu ada kaitan dengan keputusan Nik Omar, 53, meninggalkan PAS untuk bersama HARAPAN.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik Mohd Amar di Facebook, beliau pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk mengkisahkan butiran perbincangannya dengan Abdul Hadi.
Namun kedengaran suara orang lain yang berpendapat tidak ada salahnya Mohd Amar bercerita mengenai mimpi Abdul Hadi berkenaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment