Write For Us

Nilai murni, integriti dan anti rasuah harus diterap dalam sistem pendidikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Latheefa Koya menyuarakan kebimbangannya apabila hampir separuh daripada jumlah individu ditahan berhubung kesalahan rasuah melibatkan kakitangan awam.
Menurutnya, berdasarkan hasil dapatan SPRM dari tahun 2014 hingga Jun tahun ini, 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan atas kesalahan tersebut adalah kakitangan awam.
“Kebanyakan kesalahan rasuah yang berlaku pula membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan,” katanya ketika berucap pada majlis lafaz dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Separuh daripada jumlah yang ditahan itu pula terdiri daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.
“Perkara ini lebih merisaukan apabila 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.
“Melalui satu kajian yang telah dilaksanakan oleh SPRM juga mendapati 22.1 peratus daripada responden penjawat awam berkata mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.
“Ini sesuatu yang mesti diperbetulkan agar kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam dihapuskan,” katanya.
Menurutnya, pihak SPRM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan prinsip dalam silibus pembelajaran seperti anti rasuah, nilai murni dan integriti
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment