Write For Us

"No komen" - Peguam Jabatan bomba tarik diri kes inkues Adib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Mengumumkan perkara itu di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding baru bermula hari ini, beliau berkata dengan keputusan untuk menarik diri, maka keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abdul Wahid turut terbatal.
“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya.
Walau bagaimanapun, Syazlin tidak menyatakan alasan untuk keputusan tarik diri.
Dr Shahrom adalah saksi ke-29, sebelum ini membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
Sehubungan dengan perkembangan itu, peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun, memaklumkan kepada Koroner pihaknya tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil.
Katanya, beliau seterusnya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.
Pada 17 Mei lau, Rofiah membenarkan Dr Shahrom dipanggil memberi keterangan semula selepas Syazlin membuat permohonan berkenaan.
Prosiding inkues itu bersambung petang ini.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment