Write For Us

Noh ulang ucapan ego Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memetik ucapan yang pernah dilontarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata beliau tidak tahu membelanjakan duit rizab kerajaan negeri yang berjumlah berbilion-bilion.
Sebagai bukti, kata Noh, beliau terpaksa mengeluarkan peruntukan berjumlah RM11 juta kepada kawasan Gombak tanpa dipedulikan kerajaan negeri.
Jelas Noh, sejak menjadi menteri, beliau melihat masyarakat luar bandar memerlukan lebih banyak pembelaan dari segi pembangunan dan kebajikan.
"Saya nak ulang lagi, ucapan ego Menteri Besar Selangor bahawa rizab negeri ada berbilion-bilion, sampai Azmin tidak tahu nak belanjakan duit berbilion-bilion.
"Ini saya nak ingatkan rakyat Selangor, kalau dia ada duit berbilion, mengapa saya kena keluarkan duit RM11 juta di Gombak?" soal Noh.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Selangor, malam tadi.
Kata Noh, beliau mengulangi gesaannya agar seluruh jentera Umno Selangor berfikir cara pembangkang seperti pembangkang di negeri-negeri lain.
"Saya selalu mengingatkan rakan-rakan bahawa kita di Selangor ini pembangkang. Cara pemikiran kita mesti pembangkang. Kita lihat bagaimana mereka jadi pembangkang di peringkat kebangsaan di negeri-negeri lain. Mereka jadi pembangkang mereka cuba mempengaruhi rakyat supaya tidak percaya pada kerajaan yang ada.
"Di Selangor, kita tidak mahu menabur fitnah tapi kita nak menyedarkan rakyat bahawa rakyat masih berada dalam keadaan perlu diberi pembelaan," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment