Write For Us

NS kekal empat import

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Biarpun gagal membantu Negeri Sembilan mencapai sebarang kejayaan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu, empat pemain import yang beraksi dalam pasukan itu masih dikekalkan dalam pasukan untuk musim hadapan.
Mereka membabitkan tiga pemain dari Brazil iaitu Matheus Vila, yang beraksi di posisi pertahanan, Jose Almir Neto, dan penyerang Igor Luiz, serta perancang tengah dari Jepun Shunsuke Nakatake.
Tunku Besar Tampin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, berkata pihaknya berpuas hati dengan sumbangan diberikan empat pemain import terbabit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan senarai ketua jurulatih, pegawai dan pemain Negeri Sembilan musim 2020, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Isnin 30 Disember.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment