Write For Us

Nurul Izzah bawa 'salam' Anwar dari Kementerian Kewangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menceritakan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Kementerian Kewangan di Putrajaya beberapa hari lalu secara mengejut bagi membantu siasatan terhadap skandal Forex pada sekitar 1990-an.
Namun, Nurul Izzah kecewa apabila diberitahu peguam dinafikan untuk bertemu dengan Anwar.
"Beliau dibawa ke Kementerian Kewangan beberapa hari lepas kerana Datuk Seri Najib Razak tiba-tiba bangun satu pagi, dia kata dia nak buat siasatan, bukan skandal 1MDB, dia nak buat siasatan skandal Forex.
"Jadi kami pun pergi, kerana dia bawa Datuk seri Anwar daripada Penjara Sg Buloh bergegas ke Kementerian Kewangan.
"Sampai saja, peguam dinafikan bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Jadi mereka buat jawatankuasa kewangan, bukan buat suruhanjaya diraja. Dia buat senyap-senyap, tak ada siapa boleh dengar kononnya nak siasat skandal. Kalau betul nak siasat skandal, kenapa tak siasat skandal 1MDB," kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian ketika hadir dalam ceramah BERSATU di Tasek Gelugor pada Ahad lalu.
Video tersebut dimuat naik Srikandi Bersatu Malaysia - SBM di Facebook.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung isu Forex.
Katanya, setakat ini beliau belum dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung isu itu.
Febuari lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjalankan siasatan awal berhubung isu itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berhubung perkara itu berkata tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment