Write For Us

Nurul Izzah tayang gambar Tun M di Forum Ekonomi Dunia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
176 Views
Published
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata dalam berpegang kepada prinsip 'awsatuha' di dalam Islam, ia mampu membentuk kuasa dari pelbagai pihak dalam menuntut sesuatu pembaharuan.
Nurul Izzah berkata kali pertama matanya bertentang dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bukanlah berkisar mengenai isu penderitaan peribadi, personaliti mahupun perasaan peribadi tetapi lebih mengutamakan masa depan negara.
"Sebab itu saya tunjukkan gambar ini kepada anda untuk melihat kepentingan kebersamaan dalam menuntut pembaharuan," katanya sambil menunjukkan gambarnya duduk bersebelahan dengan Mahathir dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kepada para peserta Forum Economi Dunia (WEF) di Phnom Penh, pada Khamis.
- Adik Najib tanya Nurul Izzah pasal Mahathir
Ketika Nurul Izzah selesai membentangkan sejarah penglibatannya dalam politik Malaysia, kelihatan Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak menjadi orang pertama bertanyakan soalan mengenai Mahathir.
Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyoal Nurul Izzah supaya berkongsi cerita berhubung pertemuan pertamanya dengan Mahathir, setelah sukar memohon maaf kerana memenjarakan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment