Write For Us

Nurul Izzah ke Pandan?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dilapor bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan menggantikan penyandangnya, Rafizi Ramli pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Memetik The Malaysian Insight, sumber memberitahu Naib Presiden PKR itu tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang dimenanginya sejak pilihan raya umum pada 2008.
Difahamkan, beliau akan memberi laluan kepada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil untuk bertanding di kerusi itu kali ini.
Penyandang kerusi Parlimen Pandan Rafizi yang juga naib presiden PKR hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU14 selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya kerana mendedahkan maklumat perbankan NFC.
Rafizi yang dihubungi portal berita itu bagaimanapun berkata beliau tidak terlibat dalam penentuan calon PKR kerana ia ditentukan oleh presidennya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment