Write For Us

'Orang ramai pilih dengar pada penipuan, cerita burukkan saya, Najib'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
80 Views
Published
Rosmah Mansor yang memanjatkan kesyukurannya berhubung pengesahan bahawa beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya dengan fitnah berbanding kebenaran.
Isteri bekas perdana menteri itu menggesa supaya pihak yang kerap memainkan isu tersebut pada pilihan raya ke-14 lalu memohon maaf kepada rakyat.
Beliau sendiri, katanya, memaafkan pihak yang memohon maaf padanya.
"Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).
"Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar," katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pengesahan daripada timbalan menteri kewangan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment