Write For Us

Saya tetap yakin pada Zahid, habis cerita - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan terhadap kesetiaan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus mengenepikan dakwaan fitnah yang dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Umno itu berkata tidak masuk akal apabila Ahmad Zahid berjumpa dengan Mahathir semata-mata mahu meminta sokongan tokoh itu untuk menggulingkannya.
Malah kata Najib, beliau mahu seluruh ahli parti tidak lagi mensensasikan dan mempercayai cerita liar tersebut.
"Sebab itu tidak masuk akal lepas jadi Timbalan Perdana Menteri dia nak jumpa Tun Mahathir minta sokongan supaya Tun Mahathir gulingkan saya. Tak mungkin dan tak betul satu fitnah sama sekali.
"Sebab itu saya nak nyatakan di sini bahawa kita tak perlu dalam kepala jangan berlegar cerita macam ini. Percayalah, bahawa kepimpinan Umno kini kukuh saling yakin-meyakinkan.
"Saya tetap yakin pada Timbalan saya, Datuk Seri Zahid Hamidi. Habis cerita," kata Najib.
Najib berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment