Write For Us

Orang yang terlibat dengan peristiwa Memali pun sudah terima UMNO.

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Politik adalah suatu yang fleksibel dan sesiapa sahaja boleh menjadi ketua dalam ta’awun siyasi yang dilaksanakan Pas dengan parti pembangkang lain khususnya UMNO.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa yang penting dalam kerjasama itu adalah kepemimpinan Islam.
“Boleh jadi pihak kedua atau ketiga yang menjadi ketua dalam kerjasama yang diwujudkan itu, politik ini fleksibel.
“Bagi Pas kita tidak akan tuntut (ketua) melainkan ada yang memaksa dan kita diharapkan (untuk menjadi ketua),” katanya dalam sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata, sehingga kini penghalang kepada kerjasama itu telah dapat diatasi.
“Peringkat awal memang ada perbezaan disebabkan perkara lama namun sudahpun diselesaikan malah orang yang terlibat dengan peristiwa Memali pun sudah terima UMNO.
“Semua ini dilakukan kerana kepentingan nasional mengatasi kepentingan peribadi,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment