Write For Us

'Terima kasih minta penjelasan peristiwa Memali'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.
Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi berkata PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.
Abdul Hadi mengulas insiden kekecohan menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika sedang menjawab soalan seorang peserta berkenaan peristiwa berdarah Memali di forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad lalu.
Malah, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali.
Jelasnya, yang menjadi penyebabnya sepatutnya dipersalahkan, bukannya anak-anak muda.
Abdul Hadi mengimbas ketika peristiwa Memali masih panas, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.
Ketika itu, kata Abdul Hadi, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
Namun, katanya, PAS akhirnya berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno.
Ini berikutan wujudnya kerjasama PAS dan Umno dalam perkara Islam, namun malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini.
Kata Abdul Hadi, ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment