Write For Us

Padah kongsi video tular

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Akibat berkongsi video tular di media sosial dan menulis status hantaran mempertikaikan tugas anggota polis trafik, seorang operator kilang ditahan pada Ahad untuk membantu siasatan.
Lelaki itu berkongsi video tular memaparkan penunggang motosikal yang disaman tidak memakai topi keledar.
Difahamkan, video tular itu dirakam dalam operasi sekatan polis di jalan Air Hitam-Sanglang pada 1 Jun lalu, namun ia ditularkan semula minggu lalu.
Berikutan itu, anggota polis trafik yang dirakam dalam video tular berkenaan membuat laporan pada 13 Januari lalu untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek direman selama dua hari bermula hari ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment