Write For Us

Tahu kemalangan menerusi video tular

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
“Saya hanya tahu anak terbabit kemalangan melalui telefon pintar selepas ditunjukkan video oleh rakan-rakannya,” kata Moey Kah Tiang, 64, saksi perbicaraan kes bekas pekerja salon, K Vaitheswaran, 21, yang dituduh menyebabkan kematian anaknya, Moey Yun Peng, 20, dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, Januari lalu.
Kah Tiang yang juga pesara memberitahu demikian selepas disoal Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Yusaini Amer Abdul Karim di hadapan Hakim Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pada Selasa 3 Disember.
Ditanya sama ada mendiang anaknya pernah memandu kenderaan jenis utiliti sukan itu, Kah Tiang menjawab ya.
Dia juga memberitahu yang Yun Peng mempunyai Lesen Percubaan Malaysia (Lesen P) dan dia dapat mengecam SUV itu berdasarkan pelekat “P” ketika ia dinaikkan dari dasar laut.
Sementara itu, saksi kedua yang juga peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Anuar Abdul Rahman, 37, memberitahu mahkamah bahawa, dimaklum orang awam terdapat sebuah kenderaan jatuh ke laut selepas kemalangan dengan Toyota Vios.
Ahzah Fariz kemudian menetapkan perbicaraan bersambung pada 21 Januari dan 10 Februari depan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment