Write For Us

Pak Lah akui jadi Menteri Luar 'sukarkan' kedudukan dalam politik - KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Bekas menteri Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi mengakui menjadi Menteri Luar menyukarkan kedudukannya dalam politik ketika itu.

Dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap hari ini, Khairy bagaimanapun tidak menyatakan bila perbualannya bersama Ahmad Badawi tersebut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugur, Wan Saiful Wan Jan membuat dakwaan bahawa tindakan menukar portfolio Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ke Kementerian Luar susulan rombakan kabinet baru-baru ini adalah untuk melemahkannya dalam parti itu.

Namun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan itu dan berkata Ahmad Badawi pernah menjadi menteri luar, tetapi tetap popular sehingga menjadi perdana menteri.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=A2hEMprQ8wU&t=1040s
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment