Write For Us

Pameran senjata: M'sia patut halang Lockheed Martin, BAE System datang - KS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
25 Views
Published
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tidak salah jika kerajaan menghalang penglibatan Lockheed Martin dan BAE Systems dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 untuk menunjukan solidariti kepada Palestin.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan turut menyatakan kerajaan sepatutnya mengambil pendirian supaya syarikat pembekal senjata kepada Israel itu tidak dibenarkan datang ke Malaysia hanya untuk tahun ini sahaja.

Sebelum ini Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bebas memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Mohamed Khalid berkata Kementerian Pertahanan mengambil maklum terdapat desakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global.

Sumber video : https://www.youtube.com/watch?v=eql9tPGzmBc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment