Write For Us

Pampasan tol: Kerajaan mesti telus, kata MP Kulai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Ahli Parlimen Kulai dari DAP, Teo Nie Ching menggesa kerajaan dan Kementerian Kewangan supaya telus mengenai mekanisma pembayaran pampasan syarikat tol Eastern Dispersal Link (EDL), Johor.
Lebuhraya EDL dimiliki MRCB (dimana pemegang saham utamanya adalah KWSP) sepanjang 8.1km dan dibina dengan kos RM1.2 bilion dengan tempoh konsesi selama 34 tahun.
"Macam mana Kementerian Kewangan mahu bayar RM 70 juta setahun (pampasan pemansuhan tol) kepada MRCB apabila MRCB hanya mencatat keuntungan (melalui kutipan tol) hanya sebanyak RM59 juta dalam tahun 2016" soal Teo ketika sidang media di Parlimen hari ini.
Pada 27 Oktober lalu, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Dispersal Link Timur (EDL) di Johor – dimansuhkan mulai 1 Januari 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment