Write For Us

'Pandai pinjam tapi tak pandai bayar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sesetengah usahawan tempatan yang hanya tahu pandai meminjam tetapi liat untuk membayar semula pinjaman tersebut, bagi mengusahakan sesuatu perniagaan.
Ahmad Zahid turut memuji golongan usahawan wanita yang positif membayar semula pinjaman sehinggakan kadar Non Performing Loan (NPL) dicatatkan rendah.
"Tetapi, kita pandai meminjam tetapi kurang pandai membayar. Kalau nak halal, pandai meminjam mesti pandai membayar. Itulah baru halalan toiyiban.
"Ini kalau dana daripada kerajaan, tak bayar pun tak apa, ini kerajaan punya.
"Bagaimana nak barakah kalau kita ambil pendidikan, pandai pinjam tapi tak nak bayar," katanya tanpa namakan agensi terbabit.
Beliau yang juga merangkap Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata demikian pada sesi Dialog Perdana Industri Halal 2017 sempena pembentukan Pelan Induk Industri Halal 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment